pejam celik dah sebulan aku tak update blog ni. ini dek kerana telah timbul 'kebaluran' dan mungkin juge dek ketidakadaan 'mood' untuk terus menulis. apa pun aku ingin mengucapkan selamat datang kepada student baru BDM. walaupun aku rasa dan mungkin ada benarnya yang bebudak baru masuk BDM ni bukanlah 'choice' mereka. tetapi kerana unibesti lain atawa fakulti lain lain dah tak mau depa so terpaksalah depa masuk gak kat BDM ni.
sebenarnya BDM ni jugak menjadi wadah untuk students nya bergelar mahasiswa. dalam usaha menambah ilmu ni takdak ruginya. cuma cara kita apply ilmu tu yang penting kerana setiap manusia tu ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. so kita kena la kenalpasti kelebihan yang ada pada diri kita. baru kita boleh berjaya.
pejam celik jugak dah 10 tahun aku ngajar kat UUM ni. ada suka dan ada dukanya. macam jugak masa aku belajar kat unibesti dulu. ada yang syok dan ada yang tak syok. biasa le kan lumrah alam. tapi instinct manusia semuanya nak yang syok-syok belaka tetapi malangnya tak semua yang syok itu syok dan tak semua yang tak syok tu tak syok. jangan dok syok sendiri sudah le.
kehidupan student ni sebenarnya syok jika kita pandai menyesuaikan diri. jangan stress. nanti kena darah tinggi siapa yang susah. membawa diri pulak tu jangan le sampai tergadai prinsip hidup kita. unibesti ada banyak aktiviti yang berfaedah so buat apa kita dok ikut aktiviti yang tak berfaedah tu. bahaya bukan setakat diri saja tapi juga agama, negara dan bangsa. justeru dalam nasihat menasihati ni...sebenarnya aku jugak student.....hahaha
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)