Friday, June 19, 2009

Dilema dan Keliru

Selasa malam aku dalam perjalanan ke kota metropolitan Kuala Lumpur jam kurang lebih 12 am. perjalanan yang memakan masa 7 jam bersama sahabat karibke di BDM. banyak le cerita kisah suka dan duka kami kongsi bersama. teringat aku akan pepatah pepatih. nak mengenali hati budi manusia makanya kita perlu bermusafir bersama. sahabat aku ni telah aku kenali sejak aku mula-mula daftar diri sebagai tutor kat UUM lagi. kurang lebih dah 10 tahun aku menganalinya. banyak journey kami lalui bersama. banyak kisah dan masalah kami hadapi dan kongsi bersama. sehinggakan suatu ketika dahulu ada kengkawan di COLGIS pernah mengatakan bahawasanya kami ni kembar. aku pun tak tahu kembar jenis apa. kembar siam ke....kembar seiras rasanya tidak....apa sajalah...mulut orang kan. bior le mereka nak kata apa...aku terima seadanya....musih jangan dicari dan kawan perlu dihargai....

maka berkhabarlah akan dia tentang perihal praktikum. masalah dan perilaku para pelajar. aku tersenyum sendiri dalam gelap malam. aku perasan memang dia tak nampak senyuman itu. aku cakap biasa le. setiap masalah tu adan jalan keluarnya kecuali mati. aku melihat dia terangguk-angguk sama ada dia memang setuju dengan aku atawa dia mengantuk ketika tu...aku tak perasan pulak.

banyak masalah dikalangan pelajar praktikum hingga masa kini masih lagi belum selesai. tak tahu apa yang nak ditulis atawa dilaporkan. aku buat kesimpulan senang je...students tak de idea...mana mungkin dalan sesuatu organisasi yang kita ditempatkan untuk berpraktikum tiada mempunyai masalah....mustahil bebenor...mungkin kita yang tak tahu cari atau kita sengaja tak nak cari masalah tu...cari itu mudah sahaja....jangan malu bertanyakan orang yang berpengalaman dalam organisasi tersebut. kalu malu kita perhatikan je....and create satu permasalahan and kita cuba buat laporan...senangkan....

idea itu tidak datang bergolek tetapi ia perlu difikirkan dengan akal fikiran yang telah dianugerahkan kepada kita. dan idea akan timbul dari observation berkaitan dengan fenomena di sekeliling kita. cumanya kita perlu alert sikit dengan suasana persekitaran kita. mesti kita akan dapat mencari dan menemui idea tersebut...lain padang lain belalang....setiap organisasi tak sama masalahnya...ikut kepekaan dan kepandaian kita bagi melihat dan menyelidik permasalahan dalam institusi tempat praktikum kita.....

justeru selidikilah dan selongkarlah organisasi tempat anda berpraktikum...insya Allah akan anda perolehi IDEA yang menjadi masalah kepada anda tu....

No comments:

Post a Comment