Friday, June 19, 2009

Dilema dan Keliru

Selasa malam aku dalam perjalanan ke kota metropolitan Kuala Lumpur jam kurang lebih 12 am. perjalanan yang memakan masa 7 jam bersama sahabat karibke di BDM. banyak le cerita kisah suka dan duka kami kongsi bersama. teringat aku akan pepatah pepatih. nak mengenali hati budi manusia makanya kita perlu bermusafir bersama. sahabat aku ni telah aku kenali sejak aku mula-mula daftar diri sebagai tutor kat UUM lagi. kurang lebih dah 10 tahun aku menganalinya. banyak journey kami lalui bersama. banyak kisah dan masalah kami hadapi dan kongsi bersama. sehinggakan suatu ketika dahulu ada kengkawan di COLGIS pernah mengatakan bahawasanya kami ni kembar. aku pun tak tahu kembar jenis apa. kembar siam ke....kembar seiras rasanya tidak....apa sajalah...mulut orang kan. bior le mereka nak kata apa...aku terima seadanya....musih jangan dicari dan kawan perlu dihargai....

maka berkhabarlah akan dia tentang perihal praktikum. masalah dan perilaku para pelajar. aku tersenyum sendiri dalam gelap malam. aku perasan memang dia tak nampak senyuman itu. aku cakap biasa le. setiap masalah tu adan jalan keluarnya kecuali mati. aku melihat dia terangguk-angguk sama ada dia memang setuju dengan aku atawa dia mengantuk ketika tu...aku tak perasan pulak.

banyak masalah dikalangan pelajar praktikum hingga masa kini masih lagi belum selesai. tak tahu apa yang nak ditulis atawa dilaporkan. aku buat kesimpulan senang je...students tak de idea...mana mungkin dalan sesuatu organisasi yang kita ditempatkan untuk berpraktikum tiada mempunyai masalah....mustahil bebenor...mungkin kita yang tak tahu cari atau kita sengaja tak nak cari masalah tu...cari itu mudah sahaja....jangan malu bertanyakan orang yang berpengalaman dalam organisasi tersebut. kalu malu kita perhatikan je....and create satu permasalahan and kita cuba buat laporan...senangkan....

idea itu tidak datang bergolek tetapi ia perlu difikirkan dengan akal fikiran yang telah dianugerahkan kepada kita. dan idea akan timbul dari observation berkaitan dengan fenomena di sekeliling kita. cumanya kita perlu alert sikit dengan suasana persekitaran kita. mesti kita akan dapat mencari dan menemui idea tersebut...lain padang lain belalang....setiap organisasi tak sama masalahnya...ikut kepekaan dan kepandaian kita bagi melihat dan menyelidik permasalahan dalam institusi tempat praktikum kita.....

justeru selidikilah dan selongkarlah organisasi tempat anda berpraktikum...insya Allah akan anda perolehi IDEA yang menjadi masalah kepada anda tu....

Monday, June 8, 2009

Kenduri + Kerja Kahwin

mai saja musim cuti sekolah maka banyak le mak bapak yang ambik kesempatan untuk menyatukan dua hati yang selama ini terpisah. mak bapak tersenyum tak kering gusi tak sabar nak menerima cucu baru. aku rasa bulan April tahun depan ramai le tok dan tok wan kena jadi baby sitter dok pi jaga cucu mereka. inilah hasil dari kerja kahwin bulan Jun ni. yang pengantin pulak tak sabar2 rasanya nak menghadapi alam rumahtangga walaupun sekarang ni dah banyak dah rumah yang tak bertangga. ada ker bebudak BDM yang berkahwin ni...

masa aku nagji kat unibesti dulu tak ramai yang kawin masa jadi mahasiswa. ada le sekerat dua. kadang-kadang kata P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang. sikit sangat le...takpe nak kahwin asalkan study tak terganggu dah le...dak tak sabo-sabo nak menghadapi alam baru nak buat camne kan...

jenuh sungguh nak menghadiri kenduri ni. banyak-banyak. buleh kata tiap hari ada. almaklum le waktu cuti sekolah. maka kesempatan dan ruang ini le digunakan semaksimum mungkin untuk melaksanakan amalan mulia ni. anak cucu yang berjauhan dapat balik kampung merayakan sama majlis yang meriah tu...

satu perkara yang aku dapat lihat masa kerja kahwin ni ialah semangat gotong royang masyarakat kampung. semangat kerjasama di antara mereka amat erat sekali. kerja gotong royong itu diselangi dengan gurau senda dan gelak ketawa yang amat mencuit hati terutama bila ada joker-joker kampung yang dok buat lawak. ini sebenarnya memeriah dan menyerikankan lagi amalan mulia tersebut.

gulai daging campur dengan batang pisang atau rebung amat menyelerakan sekali. meleleh-leleh air lior dibuatnye. inilah kampung. masyarakatnya walaupun sesetengah orang menyatakan agak kolot tetapi masih lagi terpelihara adat dan budayanya. ada kesantunan dan moralnya yang terkadang amat payah untuk dilihat di kawasan bandar. yang berat sam dikendong yang ringan sama dijinjing.

Monday, June 1, 2009

Selamat Berpraktikum...

kalu tak silap aku june 1st bebudak BDM start le berpkatikum. maka mereka pun bergerak le ke tempat praktikum masing2. ada yang di tempatkan dekat dengan kampung halaman. bule le berulang alik dari rumah ke tempat praktikum tu. ada pun yang di tempatkam jauh dari rumah maka mereka terpaksa le berjauhan dengan keluarga dan menyewa dekat dengan tempat mereka berkerja le katakan. adasesetengah tempat praktikum tu diberi elaun kepada pelajar praktikum ni...selalunya yang swasta le. agensi kerajaan pula selalunya takde elaun so tekpaksa le guna duit poket sendiri datau elaun dari mak bapak...

justeru memulakan hari pertama praktikum memang le malu tapi bersemangat. memang banyak keja yang nak dibuat. nak kenal mengenal dengan staf pejabat. nak kenal bos and yang penting nak berkenalan dengan supervisor...kenal mengenal ni amat bagus sekali untuk kemudahan urusan di tempat kerja tapi jangan le sampai berlebih lebihan pulak..bahaya tu....



memandangkan wujud persekitaran baru di tempat kerja yang baru maka ada yang malu-malu. kerja praktikum ni bukan kerja yang malu tapi jangan pula jadi tak tahu malu..malu bertanya sesat jalan...terlajak tanya pula akan mendapat cercaan..so bersederhana le dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita. ingat sama 6 jam kredit tu...banyak wooo...kalu kantoi takdapat graduasi....sapa yang susah....sendiri mau ingat le....kita fokus kerja kita...tak payah le nak sok sek sana sok sek sini...tu semua keja buang masa...konsentrasi tu penting dan buat catatan tentang bahan dan isu yang kita nak laporkan dalam kertas praktikum kita...jangan tunggu sampai basi baru nak tulis....

praktikum sebenarnya tak lama...pejam celik pejam celik dah tamat....dan kadang-kadang kita tak tau apa yang kita buat...masalah tu...justeru jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang...kita jugak yang terkesima nanti...apabila dah siap menulis kalu buleh tu tunjuk le draf kat pensyarah kita....jangan dok buat tahana kat depa sebab depa yang nak bagi grading kat kita...jangan le hantaq seketoi terus...bincang dulu mungkin ada yang perlu ditambah atawa ada yang perlu dibuang....so tunjuk dulu....apabila dah ada kata sepakat baru binding yang kulit biru air laut tu....jangan dok binding colour lain pulak....ada satu semester tu aku dapat yang binding colour hitam...mamang aku naik angin masa tu....maka markah pun jadi berkurangan le....so berhati-hati le....sekadar itu dulu ADIOS...