sekali imbau kenangan semasa dulu... aku tersenyum sendirian. perkara yang paling syok adalah masa belajaq first degree. masa tu boleh le dikatakan aku mula-mula nak menjengah Kuala Lumpur. dapat saja surat tawaran dari unibesti aku belajaq dulu, gembiranya bukan kepalang lagi...mana taknye masuk unibesti oooo...aku ingat lagi yang hantaq aku daftar untuk Minggu Haluan Siswa ialah aku punya sepupu sebagai drebar, ayah dan tok wan aku. kami naik keta Lancer tak dak aircond plak tu...betolak le aku sebelah malamnye. kalu tak salah aku pendaftaran pada 16 Jun 1994. masa tu rancak dengan perlawanan World Cup. Aku ni bukan minat sangat dengan bolasepak. kaki bangku le katakan tapi game bolasepak ni ada sejarahnya dalam hidup aku. nak kata pahitnye tu takde le tapi ada le sejarah hitamnye semasa aku sekolah kat Alor Setar dulu-dulu....
sesampai kami di kampus tempat aku ngaji di KL, aku ditempatkan di Kolej Dayasari. panggilan manja bagi kolej ni ialah Kolej Lima atau Fifth College. Kolej penginapan alias hostel le bukan macam kolej kat UUM ni. berbeza teramat ketara sekali. kita kat sini KOLEJ tu adalah Fakulti tapi kat unibesti aku dulu kolej tu adalah rumah penginapan. tempat tidur, lepak dan ruang untuk muhasabah diri bagi aku le...makan sehari 3 kali teruk daripada masa aku masuk sekolah asrama penuh dulu (nanti aku cite pasal jaman sekolah pulak ye). seminggu aku dilenjan masa minggu haluan siswa. mana tidaknye makan tak cukup, tido kurang pendek kata masa tu terlalu amat berharga sekali. famili aku balik sesudah saja aku mendaftar masuk untuk orientasi seminggu tu. aku ni nak nangis pun ada, nak balik pun ada. al maklum le 'kampong boy'. banyak panglaman yang aku dapat semasa orientasi tu. kami macam biasa le diperkenalkan dengan suasana pembelajaran di unibesti. baru aku tau apa itu unibesti sebenar-benarnye?
aku dibawa oleh kakak dan abang untuk explore kampus aku. diperkenalkan apa itu HEA, Canselori, Library, Pekan Siswa, Pekan Buku dan akhirnye fakulti aku le...ada dwi macam aktiviti semasa aku orientasi. pertama aktiviti kenal mengenal life campus di sebelah siang dan keduanye aktiviti dengar ceramah dan syarahan di sebelah malam. yang syoknye kegiatan sebelah malam ni le. bila nak pi dengar ceramah kami kena berjalan kaki lebih kurang 1 km. jauh gak tu. biasanye ceramah di adakan di Dewan Tunku Canselor (DTC). budak-budak kampus gelar dewan ni Dewan Takdak Cat. hahaha... masa berjalan kami kena menyanyi dan bersorak. sapa yang lembek bersorak kena penalti. teruk dikerjakan oleh abang and kakan senior ni.
justeru sesampai kami di DTC makanya pakat-pakat le bersorak. campur pulak sorakan dari kolej-kolej lain. aduh mak macam nak pecah DTC tu. dah jadi lawan sorak inter kolej plak...ada sekali kolej aku dikatakan kalah dalam sorakan. kata senior kami sorak tak kuat. so depa tahaq kami tido sampai pukul 2 am. masa tu Tuhan saja yang tahu...letis amat. ada sekali satu malam kami dikejutkan jam 3 am dikumpulkan beramai-ramai untuk dibuat pengumuman bahawa Portugal vs Belanda. portugal kalah 3/1. sabar-sabar.
masa minggu orientasi tu kami freshie dibekalkan dengan sehelai T Shirt kolej dan sehelai baju batik. sampai la ni aku masih lagi simpan baju batik tu. colour biru celoreng dengan lambang unibesti aku le. untuk majlis formal kami diwajibkan pakai baju batik. dan untuk majlis biasa-biasa kami kena pakai T Shirt kolej. bayangkan dalam satu minggu tu freshie tidak dibenarkan basuh baju. masa kumpul ramai-ramai alahai baunya aku tak tau nak cakap le...tambah plak campor dengan budak pompuan...lagi le kuat baunye...
setelah seminggu aku di Dayasari dan minggu Haluan Siswa pun berakhir baru le lega dan aku bernafas kembali menghirup udara segar di metropolita Kuala Lumpur. tapi aku tak dapat pun tempat di Dayasari. aku dipindahkan di Kolej Syeksyen 17 Petaling Jaya bersebelahan dengan Universiti Islam Antarabangsa dahulu dan di situlah bermulanye aku sebagai seorang mahasiswa.....stop sat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pandai nak buat cerita sedih pulak Mr DD ni
ReplyDelete