Saturday, May 16, 2009

Latih Yang MeLetihkan

Sesi 1997/98 adalah sesi pengajian yang bagi aku agak mencabar sekali. masa ni aku duduk fi 'final year' kat unibesti aku. zaman aku semua 4 tahun pengajian bermakna kurang lebih 8 semester le kalau nak diconvert dengan sistem pengajian di unibesti sekarang ni. mana tidaknye exam kena baca buku di tambah pulak dengan Latihan Ilmiah (LI) yang mana aku terpaksa menulis kurang lebih 100 muka surat 'project paper' untuk tujuan pengijazahan aku. dah le kena kampoi 8 subjek untuk satu sesi pengajian (lebih kurang satu tahun) letis sungguh aku.


cerita tentang LI ni, masa aku ngaji aku panggil tesis. al maklum le zaman tu zaman mentah lagi. tak kawin lagi lagi. bercinta pun tidak. masa tu arwah mak aku kata "hang mengaji sungguh-sungguh, jangan dok nak menggatai. lepas ngaji nanti mak carikan bini kat hang". ingat lagi aku akan sindiran itu. so aku pun pada masa tu tak de le nak bergirlfriend. kebetulan pulak aku suka dengan lagu yang title dia "No Women No Cry" nyanyian Bob Marley yang rambutnye macam dawai gosok periuk tu...aku layan je.

sebenarnya di peringakat pengajian tinggi ada 3 level pengijazahan. Pertama ialah Ijazah Parjana Muda (orang sebut jugak First Degree). Level kedua ialah Ijazah Sarjana yang biasa orang sebut Master dan akhirnya di peringkat tertinggi ialah Doktor Falsafah yang jugak dipanggil sebagai PhD (Doctor of Philosophy). untuk dapat ijazah-ijazah ni ada latihan dan kelas-kelas yang tertentu yang wajib dijayakan oleh pelajar berkenaan bagi tujuan penganugerahan ijazah-ijazah mereka. dan ia juga harus diambil mengikut turutan. satakat ni tak pernah lagi le aku dengar orang ambil PhD dulu baru ambil first degree....abnormal...ia sama jugak macam kita sit exam masa sekolah dulu-dulu...kena ambil UPSR dulu lepas tu PMR and SPM dan seterusnye....


zaman aku, kami di fakulti wajib buat LI. tapi kat UUM ni ada 2 opsyen sama ada untuk buat LI atawa jalani Praktikum. sama saja sebab kedua-duanye ada report. terpaksa kena menulis. tulis LI atau tulis Laporan Praktikum. letih gak kan. tapi aku tahu ramai budak BDM ni suka ambik Praktikum. antara hujah untuk ambik Praktikum ialah nak balik kampung...dekat dengan kampung....dekat dengan boyfriend atau girlfriend....dekat dengan famili dan dekat dengan mak ayah....biasa le nak bagi alasan kan...

aku cite sikit fasal Praktikum ni....sepanjang 10 tahun aku bekerja di unibesti banyak juga yang aku selia sama ada menyelia report atawa melawat pelajar. dari Perlis sampai ke Johor ke selia depa. tempat yang aku tak pernah pergi aku redah sebab nak tengok pelajar aku. tempat yang paling jauh aku pergi ialah Bandar Penawar di Johor. jauh sungguh sampai menangis le kereta aku dibuatnye...tempat yang paling susah aku pergi ialah Kelantan sebab ambo dok pandai kecek klate...

pada pemandangan aku, untuk kita jalani Praktikum kita perlu buat persediaan yang melibatkan 3 fasa. pertama sebelum pergi ke tempat Praktikum kita perlu ada 'mind' apa sebenarnya yang kita nak cari gali, tempat mana yang sesuai untuk kita dan benda apa yang kita nak tulis. bagi aku bila kita lompang kat sini maka kita akan lompang seluruh perjalanan Praktikum kita. kedua semasa di tempat praktikum apa yang seharusnya kita buat. nak jadi recieptionist, nak korek maklumat tentang bidang praktikum atau apa....dan ketiga ialah selepas tamat latihan praktikum...budak BDM sebenarnya diberikan masa 2 minggu untuk selesaikan penulisan report praktikum so bagaimana kita nak selesaikan penulisan report tu dalam masa dwi minggu. teruk jugak tu....camne nak manage masa kita sebab kalu tak tulis tak gred le alamatnye....tambah pulak supervisor kat BDM ni garang-garang pulak ek...

justeru pekerjaan praktikum ini amat meletihkan.....aku pun dah letih ni & nak rehat sat....

No comments:

Post a Comment