Thursday, May 21, 2009

Killer Lecturer

Final exam dah lama habis....dan para pensyarah pun terlalu amat sibuk dengan skrip students masing-masing. ada yang ambik panadol, aspirin, paracethamol dan lain-lain lagi ubat untuk menghabiskan skrip yang pelbagai macam karenah penulisannya. ada yang ditanya lain; students jawab lain. ada yang bagi jawapan pendek bak kata Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P Ramlee "...soalannya long hand tapi jawapannya short hand...". lepas habis periksa kertas students makanya ramailah yang akan ke KMC buat check up kot-kot kena darah tinggi ker...jantung ker dan pelbagai lagi penyakit lain dek kerana skrip students tu...

suatu masa dulu masa aku ngaji, jauh diujung telinga ada jugak aku terdengan istilah baru bagi masyarakat kampus khususnya mahasiswa. KILLER LECTURER...aku yang bodoh ni terfikir jugak lecturer mana yang tak berhati perut tu yang sampai sanggu bunuh membunuh ni....tak patut betul...zalim sungguh...akan tetapi pabila jadi pensyarah ni, baru le aku terperasan rupanya bila pelajar 'fail' atawa dapat C atau D dalam subjek yang diambil makanya pensyarah itu akan dilabelkan sebagai "KILLER LECTURER". kasihan para pensyarak killer ni....dah le habis diperah tenaga dan diperah lagi otak kepala untuk memahamkan anak bangsa tentang pembelajaran mereka lepas tu digelar bulak dengan killer lecturer...kasihan-kasihan...kalau diberi geralaran Dato' ke, Tan Sri ker...bagus jugak...ini gelaran macam tu....kasihan dan terkilan...

sebenarnya aku rasa para pensyarah yang berlabel KILLER LECTURER ni bukan sengaja atawa memang berdendam nak bagi students GAGAL atawa dapat gred C atau D. bagi aku kita berbalik kepada bumi yang nyata. kalau dah students tak buleh nak jawab langsung atau dapat jawab sekerat dan tak dapat jawab sekerat makanya students tu memang le layak dapat markah rendah. dan kalau ada students yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau mata gred yang mereka dapat; pihak unibesti ada salurannya yang tersendiri untuk menyelesaikan perkara ini. mudah saja, students boleh bayar RM50 kalau tak silap aku untuk appeal diperiksa semula kertas yang mereka fail tu. senang kan...jadi untuk tidak menganiaya pensyarah dan students makanya saluran itu dibuat/digubal bagi menyelesaikan pertikaian di antara kedua belah pihak. justeru gunakan le saluran yang sebetulnye agar kita tidak teraniaya dan dianiaya...

berkongsi tentang mata gred A B C D atau FAIL ni...jika students tu perform dan dapat jawab soalan yang ditanya dengan baik dan smart makanya mereka sememangnya layak untuk dapat pemarkahan yang baik. akan tetapi jika menjawab sekadar melepas batuk ditangga atau cukup-cukup makan atau tak jawab langsung atau ditanya lain dan jawab lain maka kita kena sedar diri le...beruntung sangan bebudak BDM boleh repeat paper kalau fail...masa aku ngaji dulu kalau fail makanya ulang penggal duduk le kat tahun dua atau tiga jika tak lulus kertas...undang-undangnya sebegitu tapi aku bersyukur dengan kudrat yang ada aku lulus setiap penggal...

satu lagi perkara yang aku rasa nak tulis tettang peksa ni ialah menganai tulisan....ada skrip yang pernah aku periksa tu sampai kena beli kanta pembesar...kaca mata aku ni dah tak dapat nak menampung seni dan corak penulisan yang dibuat oleh students ni...font nya amat advance sekali....takde dalam font mocrosoft tu...ada yang tulis italic, ada yang tulis guna saiz 18, ada yang pakai bold dan macam macam ada...justeru kesenian dalam penulisan juga akan turut mempengaruhi mata gred yang kita dapat....tulis le elok-elok dan biar senonoh sikit ye supaya kita tidak dikiller oleh para pensyarah...pensyarah jugak insan biasa ada akal dan nafsu seperti manusia biasa...jika kita menulis cara cakar ayam bak kata simpulan bahasa makan markah cakar ayam le yang kita dapat...so berhati-hati ketika menulis....jangan le bila kita dapat gred tak elok jita terus kata pensyarah ni KILLER LECTURER...kasihan dia....

No comments:

Post a Comment