rasa aku dah seminggu budak-budak BDM ni bercuti sakan sebelum bertemu semula di semester baru 09/10. seronoknye bercuti ni....makan tido...makan tido...al-maklum le budak unibesti balik kampung kan. mak bapak pun kasi ruang. anak baru balik dari unibesti, baru abis peksa so boleh le relex membesarkan tubuh badan bior jadi macam ular sawa...ada jugak yang cerdik tu buat keje part time. tak kira le jadi promoter ke...jadi cashier kat 7 Eleven ke...dan macam-macam lagi lah...cari duit poket. mana tidaknye...macam-macam nak beli. lipstik MAC le...perfume LANCOME ke...ada plak yang dok gila nak tukar HP baru and latest...dan paling tidak pun ada le duit nak belanja girlfriend atawa boyfriend...pendek kata macam-macam le boleh di buat dengan duit hasil dari peluh-peluh yang mengalir tu. takde le nak mintak duit mak bapak untuk tujuan tu kan...
aku masa cuti penggal (zaman antik) dulu-dulu, sebenarnye banyak keja yang boleh di lakukan. biasanye bila cuti panjang ni...keja berat dah sedia menanti...ada le keja yang lazimnya aku lakukan. biasa le tolong mak ayah aku kat kampung...kalau cuti tu jatuh pada musim mengerjakan sawah@bendang makanya berlumpur le aku. badan aku yang agak cerah ni akan jadi kelat akibat bermain dengan panas dan perit matahari. mana tidaknye...kena le jugak aku menolong mak ayah aku mengerjakan sawah yang sekangkang kera tu...keja sawah ni sebenarnya amat meletihkan. tapi apakan daya itu le sumber rejeki yang membesarkan aku hingga aku menjadi aku hari ini...
sebelah pagi biasanya mak aku menyediakan pulut ikan masin atau nasi lemak sambal bilis untuk menyorok (breakfast) takut-taku tak larat nak memnajak sawah. untung le jaman aku dah ada jentera pembajak...so keja aku jadi driver jentera pembajak tu le...kalau rajin masuk keja pukul 8:00am kalau segan sikit masuk le pukul 8:30am. justeru aku akan memandu jentera bajak berjenama Kubota membajak mengelilingi sawah aku yang sekangkang kera tu tanpa henti hingga aku rasa letis. nak bajak sawah bukan keja senang, bukan main belasah je. kalau main hentam je akibatnye rumput-rumput liar tu tidak akan terhapus putus. so bila ditabur benih maka rumput akan tumbuh lebih banyak dari padi. kena ada teknik jugak nak membajak sawah ni beb. sama le macam belajo kena ada tenik baru le berkesan, baru le boleh skor banyak AAAAA....
lazimnye jam 10:00am adik aku akan datang hantar bekal makanan untuk minum pagi. masa tu kalau ada teh 0 'beng' dah kira cukup bagus...yang tak bestnye bila adik aku datang hantar air jarang (kosong) je. lagi le letih aku nampaknye...aku akan berenti jam 1:00pm untuk persediaan lunch and solat. rutin petang pun sama jugak...opis masuk jam 2:30pm. macam biasa jadi pemandu yang tak berlesen ni. sawah akan dibajak mengikut petak dan lorong yang dibuat. kena fikir dan buat sendiri lorong dan petak-petak kecil di dalam petak besar tu...fikir jangan tak fikir...justeru matematik kena le cekap sikit...otak pun perlu dioptimumkan penggunaannya. masalah aku bila bajak sawah ni ialah macam mana nak selesaikan bucu pada petak sawah tu...kena fikir jugak tu. jentera aku bukan boleh main undur-undur je...karang punah enjin tu...biasanye mana-mana jentera pembajak ni orang tak undur kalau ia berada dalam sawah...orang jalan terus je kat balapan sawah tu...kalau ada yang undur tu memang keja di luar tabi'ie le tu...keja nak mempunah ranahkan jentera tu...sampai sekarang masalah membajak dibucu sawah aku tak dapat nak selesaikan....and waktu punch out aku selalunya jam 6:00pm. letis amat.....aku tak ingin hanya menembunkan badan aku dek kerana aku budak unibesti...
terima kasih sawah....terima kasih mak dan ayah...keranamu aku membesar hingga hari ini...SELAMAT HARI IBU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment